Larangan belok kanan persimpangan Jalan Datuk Keramat

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN

GEORGE TOWN – Ekoran wujudnya pelbagai konflik dan masalah kesesakan lalulintas di sekitar Jalan Datuk Keramat yang menyambungkan pusat bandar dan Bandar Air Itam di sini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 30 Ogos lalu telah melaksanakan larangan pembelokan kanan di laluan-laluan berkaitan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, larangan pembelokan kanan di persimpangan Jalan Datuk Keramat, Jalan Perlis dan Jalan Kampung Jawa Baru adalah dilarang.

“Aliran lalulintas untuk pergerakan terus dari Jalan Perlis ke Kampung Jawa Baru dan sebaliknya adalah dilarang termasuk melakukan pembelokan kanan.

“Hanya pembelokan kanan dari Jalan Datuk Keramat ke Kampung Jawa Baru sahaja dibenarkan,” ujarnya ketika mengadakan tinjauan di persimpangan Jalan Datuk Keramat di sini baru-baru ini.

Turut menemani, Jurutera Lalulintas dan Pengangkutan Awam MBPP, Zainuddin Mohd. Shariff.

Dalam pada itu, Zainuddin ketika ditemui memberitahu bahawa papan tanda larangan telah dipasang sebagai makluman umum.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi tanda-tanda lalulintas ini,” ujar beliau.

if (document.currentScript) {