Relay For Life kumpul RM85,000 bantu pesakit kanser

Gambar : OOI ENG KEAT
GEORGE TOWN – Kanser adalah pembunuh ke-tiga terbesar di Malaysia.

Kenyataan tersebut dinyatakan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin ketika merasmikan penganjuran Relay for Life Penang 2015 di sini baru-baru ini.

Menurutnya, membina pengetahuan dan kesedaran tentang kanser adalah amat penting terutamanya dalam inisiatif ‘melawan’ penyakit tersebut dengan efektif, malah, pengesanan awal dan rawatan yang bersesuaian juga dapat menyelamatkan nyawa.

“Atas dasar inilah, Kerajaan Negeri mewujudkan program Mammo Penang yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mamogram secara percuma kepada golongan wanita yang merupakan pengundi berdaftar negeri Pulau Pinang dan berusia 35 tahun dan ke atas.

“Inisiatif ini adalah bagi menjaga kesihatan golongan wanita di Pulau Pinang,’’ katanya pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia Cawangan Pulau Pinang (NCMSPg), Datuk Seri T. Devaraj.

Hadir sama, kira-kira 200 pemandiri kanser dari Pulau Pinang, Taiping, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Program anjuran NCSMPg bersama-sama Persatuan Hospis Pulau Pinang (PHS) yang disertai kira-kira 1,000 peserta berkaitan berjaya mengumpulkan sejumlah RM85,000 bagi membantu pesakit dan menyokong perkhidmatan kanser di Pulau Pinang.

Pada penganjuran tersebut, para peserta yang mengenakan pakaian merah jambu dan ungu berjalan secara beramai-ramai secara bergilir-gilir selama 16 jam tanpa henti.

Turut diadakan, pemeriksaan kesihatan, lukisan muka, hiburan pentas dan cabutan bertuah.

if (document.currentScript) {