Lebih 100 artis tempatan dan antarabangsa bakal meriahkan BFF 2019, 7 – 8 Disember ini

SEBERANG JAYA – Lebih 100 artis dari dalam dan luar negara bakal mengambil bahagian dalam penganjuran Butterworth Fringe Festival (BFF) 2019 yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 Disember ini.

 

Penganjuran program tersebut adalah bagi tahun kelima berturut-turut melalui kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Think City Sdn. Bhd. dan TLM Event.

 

Datuk Bandar MBSP, dato’ Sr. Rozali Mohamud berkata, BFF2019 akan dianjurkan di Padang Pemuda Merdeka, Butterworth dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam.

 

“BFF merupakan salah satu pengisian program selaras dengan pelaksanaan Pelan Butterworth Baharu yang bermatlamat untuk meningkatkan pembangunan ekonomi penduduk tempatan.

 

“Komitmen dan kolaborasi secara holistik daripada semua pihak adalah menjadi intipati utama dalam menjayakan penganjuran BFF 2019.

 

“Justeru, MBSP berharap agar seluruh komuniti hadir memeriahkan acara ini,” ujarnya dapa siding media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh MBSP dekat Menara Bandaraya di sini sebentar tadi.

 

Hadir sama, Ahli-Ahli Majlis bagi MBSP, Setiausaha Bandaraya, Ir. Rosnani Mohamud; Pengurus Besar TLM Event, Jack Wong dan Pegawai Kanan Program Think City Sdn. Bhd., Nicole Thum Sook Lin.

 

Dalam pada itu, Jack Wong memberitahu bahawa pelbagai acara tempatan dan antarabangsa bakal dipersembahkan selaras untuk menjadikan Bandar Butterworth sebagai hab acara budaya kreatif dan inovatif.

 

“BFF juga menjanjikan kelainan bagi pengisian acara sepanjang festival berlangsung yang beteraskan asimilasi budaya serantau.

 

“Lebih 50 pengisian program terdiri daripada persembahan UITM Chamber Choir, Reoq ponorogo dari Malaysia, Naranja dari Belanda, Pop-Up Drum, RM2 Mini Food Festival, Artisan Market, bengkel, Pertandingan melukis mural, dan banyak lagi,” jelasnya lagi.

 

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS