ADUN Air Itam rai golongan B40 sempena Deepavali

Admin

AIR ITAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang menyerahkan 20 hamper dan 40 baucar kepada golongan terpilih sempena menyambut perayaan Deepavali.

Beliau berharap bantuan sumbangan kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus paling rendah (B40) itu dapat memberi kegembiraan dalam membuat persiapan menyambut perayaan tersebut tidak lama lagi.

“Majlis ini bertujuan meraikan perayaan kaum India yang beragama Hindu dan pada masa yang sama bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan iaitu golongan isi rumah B40.

“Di samping itu, majlis ini juga dapat merapatkan hubungan kejiranan antara penduduk yang hadir melalui interaksi,” jelasnya dalam suatu majlis ringkas di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Melayu pada 24 Oktober 2019.

Hampir 70 hadirin, terdiri daripada pelbagai kaum sertai majlis keraian di sini.

Dalam perkembangan lain, beliau turut merakamkan penghargaan kepada MPKK Kampung Melayu kerana berjaya melaksanakan program Penang Mutiara Foodbank dan Kelas Bimbingan Percuma babit golongan B40 di sini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADUN