‘Line Dance’ tonjol semangat juang hak wanita – Exco

Oleh: M O H D . H A F I Z TAJUDIN

GEORGE TOWN – Exco Belia & Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Kesenian, Chong Eng berkata, kempen anti keganasan ke atas kaum wanita wajar terus disuarakan di Pulau Pinang sempena sambutan Festival George Town 2013.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan acara tarian Penang Esplanade Line Dance Jamboree 2013 di sini baru-baru ini.

“100 atau 50 tahun dahulu, kita tidak mungkin melihat wanita keluar untuk bekerja dan menari secara terbuka di pentas seperti sekarang.

“ O l e h k e r a n a a m a l a n demokrasi, hari ini, para wanita boleh bebas menari kerana kuasa dan hak wanita semakin terbela,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang.

Difahamkan, tarian Line Dance itu diiringi lagu-lagu dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.

Chong Eng berkata, tarian yang dipersembahkan saban tahun sejak 2010 itu dikatakan berjaya menarik pelancong, sama ada domestik atau antarabangsa berkunjung ke negeri berkenaan.