Majlis berbuka puasa sebagai menghargai pengorbanan anggota polis dan bomba, kata ADUN

Admin

BAGAN DALAM – Lebih 40 orang anggota penguatkasa Pasukan Bomba dan Penyelamat (Bomba) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memeriahkan majlis berbuka puasa anjuran Balai Polis Butterworth bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M. Satees, semalam.

Nasi berserta lauk antara juadah yang dihidangkan pada majlis tersebut.

Satees berkata, program murni tersebut wajar dianjurkan pada setiap tahun bagi menghargai pengorbanan anggota polis dan bomba sebagai penjawat awam di negara ini.

“Justeru, terima kasih diucapkan terima kepada Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor dan Ketua Balai Polis Butterworth kerana membenarkan Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bagan Dalam sebagai lokasi majlis berbuka puasa yang dianjurkan buat julung kalinya ini,” ujarnya pada program berkenaan yang berlangsung dekat perkarangan Balai Polis Butterworth, di sini.

Pada majlis itu juga, Satees turut meluangkan masa menyantuni anggota polis dan bomba yang hadir.

Antara juadah yang dihidangkan ialah nasi berserta lauk di samping kuih dan juga buah-buahan.

Oleh: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN
Gambar: NOOR SITI NABILAH NOORAZIS