Majlis rumah terbuka Aidilfitri erat silaturrahim

 

AnTARA tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Kerajaan negeri.
AnTARA tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Kerajaan negeri.

MASIH BERKUMANDANG… Suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pulau Mutiara masih segar apabila pelbagai kenamaan, jabatan, unit dan orang perseorangan mengadakan majlis rumah terbuka bagi mengeratkan silaturrahim sedia terjalin.

Pada majlis rumah terbuka Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff yang diadakan di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), ia dihadiri kira-kira 2,000 masyarakat pelbagai lapisan umur, bangsa dan jantina.

BARISAn pucuk kepimpinan Kerajaan negeri bergambar bersama-sama Abdul Rahman Abbas di (empat dari kiri) Majlis Rumah Terbuka Kerajaan negeri.
BARISAn pucuk kepimpinan Kerajaan negeri bergambar bersama-sama Abdul Rahman Abbas di
(empat dari kiri) Majlis Rumah Terbuka Kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Majlis Rumah terbuka Kerajaan Negeri dilangsungkan di Padang Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Butterworth, Seberang Perai.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada ucapannya menyeru rakyat Pulau Pinang supaya mengukuhkan perpaduan, bermaaf-maafan sesama insan dan jangan lupa akan sambutan Hari Kemerdekaan bertemakan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’.

Sementara itu, sekumpulan anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat dari Rumah Permata Kasih, Taman Pauh Jaya, Seberang Perai menerima cenderahati Aidilfitri serta duit raya pada Majlis Rumah Terbuka Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus yang berlangsung di Dewan Sri Pinang di sini baru-baru ini.

MAJIMOR Shariff (lima dari kiri) bergambar kenang-kenangan bersama-sama Exco Kerajaan negeri, isteri-isteri ADUn dan pegawai-pegawai Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
MAJIMOR Shariff (lima dari kiri) bergambar kenang-kenangan bersama-sama Exco Kerajaan negeri, isteri-isteri ADUn dan pegawai-pegawai Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai Kewangan Negeri. Datuk Mokhtar Mohd. Jait dan Penasihat Undang-undang Pulau Pinang, Datuk Faiza Zulkifli turut hadir memeriahkan majlis dianjurkan.

ABDUL Rahman Abbas (depan, kanan sekali) menyambut kehadiran tetamu pada majlis rumah terbuka beliau.
ABDUL Rahman Abbas (depan, kanan sekali) menyambut kehadiran tetamu pada majlis rumah terbuka beliau.
FARIZAn Darus (berbaju Melayu biru) bersalaman dengan hadirin yang hadir pada majlis rumah terbukanya.
FARIZAn Darus (berbaju Melayu biru) bersalaman dengan hadirin yang hadir pada majlis rumah terbukanya.