Sambutan Kemerdekaan cermin rakyat Sebangsa, Senegara, Sejiwa

KUMPULAN Basikal Klasik Mutiara yang menjadi salah satu gimik perbarisan.
KUMPULAN Basikal Klasik Mutiara yang menjadi salah satu
gimik perbarisan.

GEORGE TOWN –Perbarisan sempena ulang tahun Kemerdekaan Ke-55 peringkat negeri Pulau Pinang disambut dengan meriahnya di Padang Kota Lama di sini baru-baru ini dengan penyertaaan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan agensi tempatan bertemakan “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”.

AKSI salah seorang penari.
AKSI salah seorang penari.

Dianggarkan, seramai 5,799 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), unit beruniform dan 298 kenderaan termasuk basikal, motorsikal berkuasa tinggi serta kereta berarak seiringan melambangkan perpaduan yang kukuh antara rakyat di negeri ini.

Acara perbarisan yang berlangsung hampir tiga jam dimulakan dengan keberangkatan tiba Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff yang disambut oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

ABDUL Rahman Abbas melakukan pemeriksaan  hormat perbarisan
ABDUL Rahman Abbas melakukan pemeriksaan hormat perbarisan

Antara kontinjen yang turut mengambil bahagian adalah Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

KETUA Menteri dengan penuh hormat menyambut ketibaan TYT
KETUA Menteri dengan penuh hormat menyambut ketibaan TYT