Mangsa kebakaran dapat bantuan

Admin

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI & MOHD. HAFIZ TAJUDIN

GEORGE TOWNPrihatin dengan nasib mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota telah tampil menyampaikan sumbangan bencana Kerajaan Negeri berjumlah RM1,000 di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, ADUN terbabit yang juga Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow menyatakan bahawa proses taksiran kerugian masih lagi dijalankan dan beliau berharap bahawa sumbangan bantuan bencana yang disumbangkan dapat meringankan sedikit bebanan ditanggung keluarga mangsa.

Dalam kejadian di Lorong Larut, mangsa, Sirahjutheen Abdul Latiff, 39, tinggal sehelai sepinggang apabila kediamannya terbabit dalam kejadian kebakaran dipercayai berpunca dari litar pintas akibat pendawaian tiang elektrik yang terletak di hadapan rumahnya.

Dianggarkan kerugian Sirahjutheen adalah hampir RM100,000, termasuk dua buah motosikal yang hangus sama sekali dalam kebakaran tersebut.

CHOW Kon Yeow (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan bantuan bencana kepada keluarga mangsa di sini baru-baru ini.
CHOW Kon Yeow (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan
bantuan bencana kepada keluarga mangsa di sini baru-baru ini.