Asing sisa domestik, seru ADUN

Admin

SUDUT SIFAR… Demi generasi akan datang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin menyeru masyarakat setempat untuk membiasakan diri mengasingkan sisa domestik dan membuangnya di Sudut Sisa Sifar yang disediakan di kawasan masing-masing.

“Penyediaan Sudut Sisa Sifar melalui Rancangan Kampungku Komunitiku, Bersih dan Hijau ini bukan sahaja mampu menggalakkan masyarakat membuang sampah mengikut kategori.

“Malah, ia dapat mendidik mereka (penduduk) menghargai alam sekitar demi generasi akan datang,” ujar Tze Tzin ketika hadir merasmikan Sudut Sisa Sifar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Mahsuri di sini baru-baru ini.

Pelaksanaan insiatif tersebut adalah hasil kerjasama Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Penang Green Council (PGC).

SIM Tze Tzin (tiga dari kanan) memasukkan botol-botol minuman plastik ke dalam tong khas bersempena Majlis Perasmian Sudut Sisa Sifar JKKK Mahsuri di sini baru-baru ini.
SIM Tze Tzin (tiga dari kanan) memasukkan botol-botol minuman
plastik ke dalam tong khas bersempena Majlis Perasmian Sudut Sisa Sifar JKKK Mahsuri di sini baru-baru ini.