Mangsa langgar dapat perhatian Kerajaan Negeri

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

GEORGE TOWN – Mangsa kemalangan langgar lari, S. Nanthakumar, 28, baru-baru ini menerima bantuan sumbangan sebanyak RM11,000 pihak Kerajaan Negeri di sini baru-baru ini.

“Diharap dengan sumbangan ini ianya dapat meringankan beban keluarga mangsa yang memerlukan dana RM50,000 untuk melakukan pembedahan di sebuah hospital swasta dekat George Town,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Menurut Ramasamy, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (HEB) menyumbang sebanyak RM10,000, manakala baki RM1,000 lagi diderma secara berkelompok oleh Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo, Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor), R.S.N. Rayer (ADUN Seri Delima) dan A. Tanasekharan (ADUN Bagan Dalam).

Bercakap pada kenyataan sama, isteri mangsa, K. Daivaani, 28, memberitahu bahawa suaminya kini berdepan risiko kemungkinan lumpuh setelah terlibat dengan kemalangan di Lubuk Buntar, Kedah barubaru ini.

Mangsa mempunyai tiga anak. Hubungi talian 019 – 409 8358 untuk mendapatkan makluman lanjut serta menyalurkan bantuan sumbangan.