Masalah longkang tersumbat selesai

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

SEBELUM tindakan diambil.
SEBELUM tindakan diambil.

BATU MAUNG – Hasil tindakan pantas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, masalah longkang tersumbat sehingga menyebabkan terjadinya banjir kilat di sekitar Persiaran Kelicap dan Jalan Dato’ Ismail sejak Oktober lalu akhirnya selesai.

ADUN Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim berkata, masalah tersebut dapat diselesaikan ekoran rundingan yang diadakan antara pihak pemaju, penduduk dan beliau sendiri.

“Longkang yang tersumbat itu masih di bawah selenggaraan pihak pemaju dan bukannya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

SELEPAS tindakan diambil.
SELEPAS tindakan diambil.

“Justeru, sebagai wakil rakyat, saya memberikan penghargaan kepada penduduk di situ kerana kesabaran mereka menghadapi masalah tersebut dengan bijaksana dan juga kepada pihak pemaju yang telah berjaya menyelesaikan dilema penduduk,’’ katanya di dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.