Cabutan bertuah buat pembayar cukai ‘bertuah’

SOON Lip Chee (tengah) di samping ahli-ahli majlis menunjukkan sepanduk memaparkan hadiah-hadiah cabutan bertuah yang bakal dimenangi oleh pembayar cukai bertuah.
SOON Lip Chee (tengah) di samping ahli-ahli majlis
menunjukkan sepanduk memaparkan hadiah-hadiah
cabutan bertuah yang bakal dimenangi oleh pembayar cukai bertuah.

SEBERANG PERAI – Para pembayar cukai taksiran bagi daerah Seberang Perai berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah sekiranya mereka membayar cukai secara ‘one-off’ dalam tempoh antara 1 Disember hingga 31 Disember 2011 bagi tahun 2012.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) selaku pihak berwajib membuat keputusan untuk menukar format pada tahun ini bagi menggalakkan orang ramai menjelaskan cukai taksiran masing-masing dalam tempoh tersebut.

Sebelum ini, pembayar cukai yang membayar secara ‘one-off’ akan diberi kupon meletak kenderaan percuma di
kawasan Seberang Perai.

Menurut Ahli Majlis, Soon Lip Chee, MPSP memperuntukkan hampir RM20,000 bagi tujuan membeli hadiah-hadiah cabutan bertuah tersebut. Namun, jika pembayar mempunyai tunggakan tahun-tahun sebelumnya, pembayar harus menjelaskan kesemua tunggakan termasuk bayaran untuk 2012 bagi melayakkan mereka mendapat cabutan bertuah tersebut.

Terdapat 30 hadiah yang bakal menjadi rebutan seperti kelengkapan elektrik, Samsung Galaxy Ace, Samsung Galaxy Y, Netbook dan hadiah utama berupa satu unit Ipad 2 (64GB serta WiFi+3G).

MPSP mengalu-alukan orang ramai untuk membayar cukai segera dan bagi mereka yang masih belum menerima bil, bolehlah melayari lama web www.mpsp.gov.my untuk mencetak bil masing-masing. Bayaran boleh dibuat terus di kaunter MPSP atau melalui ejen-ejen (bank), pejabat pos, online dan mana-mana cawangan MPSP (Sungai Jawi dan Butterworth).