Masalah perparitan selesai

ROSIDI Hussain meninjau kerja-kerja pembinaan saluran air di Kuala Muda di sini baru-baru ini.
ROSIDI Hussain meninjau kerja-kerja pembinaan saluran air di Kuala Muda di sini baru-baru ini.

KUALA MUDA – Penantian penduduk sekitar Kuala Muda akhirnya tertunai apabila masalah yang dihadapi penduduk setempat selesai.

Menurut Pegawai Penyelaras KADUN Penaga, Rosidi Hussain, masalah longkang yang telah lama tersumbat kini telah selesai dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Selain masalah longkang tersumbat, penduduk turut berhadapan dengan masalah pengaliran air. Bagaimanapun, semua dilema tersebut kini telah berakhir,” ujar Rosidi Hussain.

Tambah beliau lagi, kawasan tersebut kini telah dibina dengan sistem peparitan yang baharu. Beliau yang turut mewakili Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Bakau Tua amat berterima kasih kepada JPS kerana prihatin dan bertindak dengan efisien dalam menyelesaikan masalah penduduk setempat.