MBPP keluar 4 kompuan, 2 notis terhadap pemilik premis dan penjaja tidak patuhi kebersihan

Admin

GEORGE TOWN – Sebanyak empat kompaun dan dua notis dikeluarkan terhadap peniaga di Tapak Penjaja Lebuh Chulia dan Padang Kota Lama yang melanggar peraturan baru-baru ini.

Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Wong Yuee Harng berkata, antara kesalahan yang dilakukan ialah mengalirkan sisa makanan ke dalam parit dan tempat awam.

Ini termasuk juga kegagalan penjaja menjaga kebersihan premis dan menyelenggara perangkap minyak dengan betul.

Sebanyak empat kompaun dan dua notis tidak mematuhi syarat Undang-undang Kecil Penjaja 1979 telah dikeluarkan untuk para penjaja ini mengikut syarat-syarat yang telah diberikan.

Diharap para pemilik premis dan penjaja akan sentiasa menjaga kebersihan serta menyelenggara perangkap minyak mengikut kadar masa yang sesuai,” ujarnya selepas mengetuai operasi bersama-sama Jabatan Pelesenan pada 21 September lalu.

Sejajar dengan itu, menurut Yuee Harng, MBPP akan meningkatkan lagi usaha untuk memberikan kesedaran kepada pemilik premis dan khususnya golongan penjaja makanan.

Operasi ini akan diteruskan secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memberikan lebih kesedaran kepada pemilik premis dan penjaja dalam menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya.