MBPP pelawa individu, syarikat layak sertai tender pengurusan Pasar Batu Ferringhi

Admin

TANJONG BUNGA – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan membuka tender Request For Proposal (RFP) untuk menguruskan Pasar Batu Ferringhi yang kini dalam fasa akhir pelaksanaan pembinaan.

 

Datuk Bandarnya, Dato’ Ar. Yew Tung Seang ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, tender tersebut dijangka akan mula diiklankan pada pertengahan bulan Mei ini.

 

“Kompleks pasar ini akan menjadi satu pusat pembangunan ekonomi setempat yang mana pelbagai kemudahan disediakan bagi faedah komuniti dan juga pelancong untuk mendapatkan produk hasil Pulau Pinang.

 

“Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah kompleks makanan, pasar, dewan serbaguna, ruang serbaguna, surau, pusat kitar semula, tandas dan tempat meletak kenderaan.

 

“Justeru, MBPP mempelawa individu ataupun syarikat yang berminat untuk menyertai tender ini yang akan ditutup pada 3 Jun 2019,” ujarnya ketika mengadakan lawatan ke kompleks Pasar Batu Ferringhi.

 

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga, Zairil Khir Johari dan Pengarah Bahagian Pelesenan MBPP, Azman Sirun.