MBPP tambah 4 penyejuk udara demi keselesaan pengunjung

BATU LANCANG – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menambah empat unit lagi sistem penyejuk udara di Kompleks Makanan Batu Lancang, di sini demi menambahkan keselesaan pengunjung.

 

Menurut Ahli Majlis MBPP, Nicholas Theng Jie Wey, sebelum ini pihaknya sudah memasang lapan unit penyejuk udara jenis sama pada tahun 2019.

 

“Bagi tahun ini, kita (MBPP) memasang empat unit lagi melibatkan kos RM106,233.39 termasuk kerja-kerja pendawaian elektrik dan mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan.

 

“Saya berharap, selepas ini pelanggan dan peniaga di sini akan rasa lebih selesa untuk menjamu selera dan berniaga dalam keadaan yang lebih sejuk,” ujar beliau kepada pihak media dalam satu lawatan ringkas pagi tadi.

 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lancang, Ong Ah Teong. 

 

 

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI