Menerima kunjungan hormat delegasi Masjid Sembilang, Seberang Jaya

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Masjid Sembilang, Seberang Jaya di pejabatnya sebentar tadi.

Kunjungan tersebut diketuai Pengerusinya, Datuk Abd. Alim Araby Mohd. Salih.

Pertemuan kira-kira 15 minit tersebut turut disertai Timbalan Pengerusi Masjid Sembilang, Zulkiply Ishak dan Setiausahanya, Mohd. Naki Md. Ali.

Selain aspek pengurusan masjid, turut menjadi perbualan pada sesi pertemuan tersebut antaranya adalah berhubung isu komuniti setempat serta permohonan dana pembinaan tempat pengurusan jenazah.

Teks dan Gambar : NORSHAHIDA YUSOFF