Mesyuarat Exco setuju lanjut kontrak perkhidmatan Setiausaha Perbandaran MPSP setahun

Admin

GEORGE TOWN – Mesyuarat Exco pada 26 Jun lalu bersetuju melanjutkan kontrak perkhidmatan Setiausaha Perbandaran bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ir. Rosnani Mahmod selama setahun selepas 30 Jun 2019.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dalam sidang media di Komtar dekat sini hari ini.

“Kontrak beliau kini akan tamat pada 30 Jun ini (Ahad), jadi barisan Exco bersetuju melanjutkan kontrak beliau selama setahun lagi sehingga 30 Jun 2020,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus dan Rosnani sendiri.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
Video : CHAN KOK KUAN