MH370 – Ingatan buat keluarga dan rakan-rakan

Admin

PENGHORMATAN… Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini meminta para hadirin Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman projek pembangunan antara Paramount Corporation Berhad (PCB) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya bertafakur selama satu minit bagi memperingati penumpang-penumpang, keluarga dan rakan-rakan kejadian MH370.

Beliau berkata, dalam apa jua keadaan, perkataan adalah tidak sesuai menggambarkan kehilangan dirasai ahli keluarga.

“Mari bersama kita berdoa untuk mereka,’’ katanya sebelum memulakan ucapan beliau di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, inisiatif sama turut diambil Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) iaitu ketika sebelum berlangsungnya Mesyuarat Biasa Majlis di Dewan Bandaran di sini.

Yang di-Pertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail yang mengetuai inisiatif khas tersebut menyatakan bahawa beliau amat tersentuh dengan kesedihan ahli keluarga dalam melalui tempoh sukar berkenaan.