Minggu Genetik, pendedahan awal kerjaya bidang bioperubatan

PENDEDAHAN AWAL… Seramai 248 pelajar sekolah rendah dan menengah dari 15 sekolah seluruh Pulau Pinang dipilih untuk menyertai bengkel dianjurkan syarikat pembekalan penyelesaian perubatan terkemuka dunia dari Jerman, B. Braun sempena Minggu Genetik pada tempoh 26 hingga 30 September lalu.

Selain memberi pendedahan tentang keajaiban genetik, bengkel tersebut juga mampu memberikan inspirasi kepada mereka untuk menceburi bidang bioperubatan sebagai kerjaya pada masa hadapan.

Hadir merasmikan penganjuran yang diadakan di Wisma Yeap Chor Ee di sini adalah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Turut sama, Presiden B. Braun Medical Industries (Asia Pacific Region), Anna Maria Braun dan Pengarah Penang Science Cluster, Datuk Yoon Chon Leong.}