Mohd. Rashid Timbalan Ketua Menteri I baru

Admin
MOHD. Rashid Hasnon (kiri sekali) berjabat tangan dengan Abdul Rahman Abbas (kanan sekali) sambil disaksikan Lim Guan Eng selepas selesai Upacara Mengangkat Sumpah Terima Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.

 

MOHD. Rashid Hasnon (kiri sekali) berjabat tangan dengan Abdul Rahman Abbas (kanan sekali) sambil disaksikan Lim Guan Eng selepas selesai Upacara Mengangkat Sumpah Terima Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.
MOHD. Rashid Hasnon (kiri sekali) berjabat tangan dengan Abdul Rahman Abbas (kanan sekali) sambil disaksikan Lim Guan Eng selepas selesai Upacara Mengangkat Sumpah Terima Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.

Oleh : YAP LEE YING & AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Mohd. Rashid Hasnon, 53, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I menggantikan Datuk Mansor Othman yang kini bergelar Ahli Parlimen Nibong Tebal pada Upacara Mengangkat Sumpah Terima Jawatan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah terima jawatan Mohd. Rashid dijalankan dengan penuh adat-istiadat di hadapan Tuan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas sambil disaksikan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Dengan pelantikan tersebut, Mohd. Rashid yang merupakan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bayan Baru sejak tahun 2010 hingga kini bakal menerajui portfolio Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa, Koperasi & Perhubungan Masyarakat, Pembangunan Keusahawanan.

Turut hadir menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut adalah barisan kepimpinan Ahli-ahli Majlis baru dan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri.

Mohd. Rashid yang mendirikan rumahtangga dengan Nor Azizah Haron mendapat pendidikan awal di Muar High School dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi.

Beliau menamatkan peringkat A-Level di Southampton Technical College, United Kingdom (UK) dan seterusnya lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian dalam bidang Master in Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1990.

Ketika ditemui, Mohd. Rashid menyatakan bahawa barisan Exco Kerajaan Negeri yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur adalah suatu perubahan yang proaktif dan bagus.

“Pakatan Rakyat telah mentadbir selama lima tahun sebelum ini dan lima tahun mendatang, inshaAllah, tidak akan ada sebarang masalah.

“Kita (barisan kepimpinan) perlu tekad dan kerja keras demi rakyat,” katanya selepas selesai majlis pelantikan di sini hari ini.

Dalam pada itu, barisan Exco yang dikekalkan adalah ADUN Perai, Prof. Dr. P. Ramasamy sebagai Timbalan Ketua Menteri II; ADUN Padang Kota, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir); ADUN Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Agama); ADUN Bagan Jermal, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom), Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi); ADUN Batu Lanchang, Law Heng Kiang (Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan); ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar)..

Exco-exco baru dilantik adalah ADUN Padang Lalang, Chong Eng memegang portfolio Belia dan SUkan, Pembangunan  Wanita, Keluarga dan Komuniti, Kesenian ; ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo (Perancangan Bandar & Desa, Perumahan) ; ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin (Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan).

Portfolio Hal Ehwal Tanha & Pembangunan Tanah, Penerangan, Warisan & Hal Ehwal Agama Bukan Islam kekal di bawah Ketua Menteri yang merupakan ADUN Air Putih yang juga Ahli Parlimen Bagan.