Mohon lesen Pasar Ramadan sekarang!

Admin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM – Lesen penganjuran Pasar Ramadan tahun ini boleh dimohon daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bermula 31 Mei hingga 12 Jun depan.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, tiga kaunter dibuka untuk warga tempatan mendapatkan borang permohonan.

Tiga kaunter MPSP tersebut adalah bertempat di Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda (Bukit Mertajam), Kompleks Makanan Kampung Jawa (Butterworth) dan Cawangan Sungai Jawi (Seberang Perai Selatan).

Tambah beliau, borang permohonan turut boleh diperoleh melalui sesawang rasmi MPSP, www.mpsp. gov.my.

“Borang-borang (permohonan) akan diproses oleh Jabatan Pelesenan dan keputusan permohonan akan mula dikeluarkan pada hari Jumaat, 21 Jun ini.

“Taklimat kepada penganjur dijadual pada hari Jumaat, 28 Jun ini,” ujar beliau dalam Mesyuarat Penuh

MPSP di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini. Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan Teoh Seang Hooi (Ahli Majlis MPSP) turut hadir bersama-sama Maimunah pada sidang media selepas mesyuarat penuh majlis itu.

Hubungi talian MPSP, 04 – 549 7685/847/678 untuk pertanyaan atau keterangan lanjut.