MP harap anak tempatan rebut peluang dalam Karnival Kerjaya Balik Pulau

Admin

PULAU BETONG – Lebih 300 orang rata-rata anak tempatan menyertai Karnival Kerjaya Balik Pulau pada 17 Oktober lalu di Dewan Balora Mastika di sini.

Ahli Palimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merasmikan karnival yang buat julung-julung kali dianjurkan di situ.

Ketika berucap, beliau berharap anak tempatan dapat merebut peluang dalam karnival yang disertai kira-kira 25 majikan.

Antara majikan yang turut serta, katanya, adalah Plexus Manufacturing Sdn. Bhd, Hunza Properties Sdn. Bhd, Renesas Semiconductor Sdn. Bhd., Resdar Engineering Sdn. Bhd., Dynacraft Industries Sdn. Bhd., Kobe Precision Technology Sdn. Bhd., 7 Eleven (M) Sdn. Bhd., AEON Queensbay, Tesco Tanjung Pinang, Agensi Pekerjaan Siti, Mydin Wholesale Hypermarket. Venture Electronics Sdn. Bhd., Symphony Guardforce Sdn. Bhd., Dufu Industries Sdn. Bhd., Kesp Sdn. Bhd dan McDonalds.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Bakhtiar turut merakamkan penghargaan kepada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail; Pejabat Tenaga Kerja Georgetown serta Pertubuhan IKRAM Malaysia kerana saling bekerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Balik Pulau, dalam menganjurkan karnival tersebut.

Oleh : YUSNINA MOHAMAD YUSOF
Gambar : PEJABAT PARLIMEN BALIK PULAU