MPPP kekal lantik 23 Ahli Majlis, Lim Boo Chang gugur

Admin
SERAMAI 24 Ahli Majlis MPPP yang baru dilantik bergambar kenang-kenangan bersama Ketua Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas selesai Upacara Pengakuan Menerima Jawatan Sebagai Ahli Majlis MPPP 2012 di Dewan Bandaraya di sini baru-baru ini.
SERAMAI 24 Ahli Majlis MPPP yang baru dilantik bergambar kenang-kenangan bersama Ketua Menteri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas selesai Upacara Pengakuan Menerima Jawatan Sebagai Ahli Majlis MPPP 2012 di Dewan Bandaraya di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Pelantikan semula semua 23 Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dilangsungkan dengan penuh istiadat, tetapi nama Lim Boo Chang digugurkan.

Istiadat ikrar sumpah dan tandatangan terima jawatan tersebut dilangsungkan di depan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I), Chow Kon Yeow (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Lalu Lintas), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan Ar. Patahiyah Ismail (Yang DiPertua MPPP) sendiri di Dewan Bandaraya, di sini.

Seramai 10 ahli majlis mewakili DAP. Mereka, Tan Hun Wooi, Harvindar a/l Darshan Singh, Ong Ah Teong, Tay Leong Seng, Lim Siew Khim, Zulkifli Mohd. Noor, Lim Cheng Hoe, Teh Lai Heng, Gooi Seong Kin dan Prem Anand a/l Loganathan.

PKR pula diwakili oleh Ooi Keat Hin, Francis a/l Joseph, Ramlah Bee Asuahoo, Tan Seng Keat, Mohd. Rashid Hasnon Mohd Sabri Md. Osman dan Taufik Sulong.

Kerusi ahli majlis Lim Boo Chang yang juga bekas Ketua Cabang PKR Bukit Gelugor diganti oleh Ng Chek Siang.

Mewakili PAS, Mohamed Yusoff Mohamed Noor dan Iszuree Ibrahim turut dilantik semula sebagai ahli majlis.

KETUA Menteri bersalaman dengan Ng Chek Siang (kiri sekali) sambil diperhatikan Chow Kon Yeow (tengah) dan Patahiyah Ismail (kanan sekali) selepas selesainya Upacara Pengakuan Menerima Jawatan Sebagai Ahli Majlis MPPP 2012 di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri bersalaman dengan Ng Chek Siang (kiri sekali) sambil diperhatikan Chow Kon Yeow (tengah) dan Patahiyah Ismail (kanan sekali) selepas selesainya Upacara Pengakuan Menerima
Jawatan Sebagai Ahli Majlis MPPP 2012 di sini baru-baru ini.

Wakil NGO, Mohd. Zahry Shaikh Abdul Rahman, Tahir Jalaluddin Hussain, Dr. Lim Mah Hui dan Sin Kok Siang.

Guan Eng ketika menyampaikan ucaptama berkata, majlis seharusnya membudayakan “kerja tekun, kerja ikhlas dan kerja pintar.”

“ Segala agenda ini hanya akan dapat dilaksanakan dengan jayanya jika Ahli Majlis, Ketua Jabatan, Pegawai dan kakitangan MPPP dari semua peringkat dapat memberi kerjasama sebagai satu pasukan.

“Ahli Majlis adalah jambatan antara rakyat dan pentadbiran kerajaan negeri. Oleh itu, harus peka dan jangan sekadar menabur janji jika tak boleh dilaksanakan.

“Untuk menjadikan MPPP efisien, perlu imbang antara perancangan yang dibuat dengan tanggungjawab sosial (secara) tekun, ikhlas dan pintar,” ujarnya pada Upacara Pengakuan Menerima Jawatan Sebagai Ahli Majlis MPPP 2012 di sini baru-baru ini.