MPPP peka, penjaja warga asing diberkas

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

PARA Penguatkuasa MPPP merampas barangan jualan w a r g a a s i n g d a l a m o p e r a s i me m b a n t e r a s peniaga warga asing tanpa permit di pasar-pasar sekitar George Town di sini baru-baru ini.
PARA Penguatkuasa MPPP merampas barangan jualan warga asing dalam operasi membanteras peniaga warga asing tanpa permit di pasar-pasar sekitar George Town di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Bertindak atas maklumat awam, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah menahan dua warga asing yang didapati tidak memiliki permit berniaga dalam operasi membanteras peniaga warga asing tanpa permit di pasar-pasar sekitar George Town di sini baru-baru ini.

Operasi membabitkan 17 anggota penguatkuasa MPPP diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Ong Ah Teong bersama lima kakitangan dari Bahagian Perlesenan MPPP dan Pegawai Imigresen (5) telah menjalankan operasi di Pasar Jelutong, Jalan Perak dan Pulau Tikus.

Ah Teong berkata, terdapat beberapa aduan daripada penjaja tempatan bahawa dengan wujudnya penjaja asing tanpa permit berkenaan, pendapatan harian mereka di lokasi sama telah terjejas sama sekali.

“Hasil operasi tersebut, seorang pendatang asing wanita dan lelaki warga Myanmar, 30-an, telah diberkas dan dibawa pihak imigresen untuk tindakan lanjut. Dalam pada itu, barangan jualan mereka juga telah dirampas,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Tambah Ah Teong, selain itu, terdapat juga maklum balas daripada peniaga asing bahawa terdapat pihak yang menggunakan nama beliau untuk mengutip wang perlindungan sebanyak RM300 setiap minggu daripada golongan berkenaan.

“Demi kepentingan semua pihak, .saya menasihati supaya mereka yang berkenaan tampil ke hadapan dan membuat laporan polis, MPPP ‘hotline’ ataupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat dan diambil tindakan,’’ jelasnya.