MPSP anjur Forum Perdana Ehwal Islam

Admin

MARHABAN YA RAMADHAN… Lebih 200 hadirin menyertai Forum Perdana Ehwal Islam di Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda, Bukit Mertajam baru-baru ini sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak atau Marhaban Ya Ramadhan.

Forum yang diadakan serentak dengan keraian Hari Majlis ke-39 itu sekaligus menyerlahkan komitmen pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan dalam menganjurkan aktiviti kerohanian sebagai persiapan menempuhi ibadah berpuasa pada bulan tersebut.

Mantan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ellias Zakaria dan dua pendakwah bebas, Ustaz Roslan Che Ros dan Ustaz Mohammad Azki Hafizi Ibrahim merupakan panelis pada majlis ilmu tersebut.

Hadir sama, Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif; Rozali Mohamud (Setiausaha MPSP) dan dua Ahli Majlis MPSP lain, iaitu Md. Jamil Abd. Rahman dan Syed Mikael Rizal Aidid.