MPSP kini telah ‘sembuh’

Admin

 

GEORGE TOWN – MPSP kini telah berjaya dipulihkan sedikit demi sedikit dan hampir sembuh setelah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Pulau Pinang pada Mac 2008.

Di bawah kerajaan lama (Barisan Nasional), MPSP telah kerugian hampir RM230 juta dalam masa lapan tahun. Namun selepas 2008, defisit yang dialami MPSP telah bertukar menjadi lebihan apabila MPSP berjaya mengumpul lebihan pendapatan sebanyak RM23 juta (sehingga 2010).

Mengikut statistik, dalam tempoh tiga tahun, sebanyak RM284 juta aset semasa atau aset cecair berjaya dikumpulkan oleh Kerajaan Negeri PR. Ini sekaligus membuktikan kejayaan Kerajaan Negeri PR apabila berjaya memperoleh dua kali ganda nilai aset cecair berbanding sebelum ini (kerajaan lama) yang hanya mengumpulkan RM143 juta dalam masa empat tahun.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menegaskan bahawa kejayaan tersebut bukanlah kejayaan Kerajaan Negeri tetapi ia adalah kejayaan rakyat di atas kepercayaan yang telah diberikan.

Jumlah aset yang berjaya disatukan semasa pemerintahan BN dan PR :

KUMPULAN WANG DISATUKAN/ ASET CECAIR/ASET SEMASA

TAHUN

JUMLAH

2004

703 661 920.69

2005

794 677 043.14

2006

770 494 363.71

2007

847 446 607.79

2008

1 025 907 071.61

2009

1 101 891 644.37

2010

1 131 173 685.67

* warna merah adalah ketika di bawah pemerintahan Kerajaan PR