MPSP miliki panel peguam sendiri

Admin

SEBERANG PERAI – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mempunyai panel peguam dan mahkamahnya sendiri bagi mewakili MPSP untuk menyaman atau disaman oleh pihak lain dalam pelbagai kes undang-undang.

Setiap tahun, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan bagi menampung kos-kos perbelanjaan kes-kes undang-undang di MPSP. Di bawah pimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) pada 2008, peruntukan telah diberi sebanyak RM250 ribu, diikuti RM150 ribu pada 2009, RM200 ribu pada 2010 dan RM200 ribu pada 2011.

Dalam pada itu, cara pembayaran yang kepada panel peguam MPSP dalam setiap kes yang diwakili adalah berdasarkan asas seperti otoriti atau nas keputusan mahkamah, berdasarkan ‘Rule 11 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978’ serta munasabah dan berpatutan.