Sambutan tahun baru penuh keakraban

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GOLONGAN belia turut tidak melepaskan peluang mencuba sukan tradisi ‘lari dalam guni’ dalam penganjuran program JOM Geng Kita - Sukan rakyat di Padang Awam Pasir Gebu di sini baru-baru ini.
GOLONGAN belia turut tidak melepaskan peluang mencuba sukan tradisi ‘lari dalam guni’ dalam penganjuran program JOM Geng Kita – Sukan rakyat di Padang Awam Pasir Gebu di sini baru-baru ini.

PENAGA – Sambutan tahun baru 2012 baru-baru ini meriah dengan pelbagai aktiviti dan persembahan. Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penaga turut tidak ketinggalan menyambutnya. Namun, apa yang berbeza adalah aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan tahun baru tersebut yang sudah pastinya dapat mengeratkan hubungan masyarakat setempat.

Antaranya Program Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Penaga, Jelajah Masuk Kampung bersama Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Penaga anjuran JKKK Penaga dan PAS Cawangan Sungai Tembus yang memberi tumpuan kepada golongan asnaf. Kira-kira 30 individu terlibat dalam aktiviti membaiki rumah warga emas di Kampung Bakar Kapur dan pemberian bantuan makanan asasi kepada golongan asnaf di Kampung Padang Tembusu.

Selain itu, turut diadakan program Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita, KADUN Penaga yang merupakan program tunggal yang mengumpulkan pelbagai program di beberapa JKKK KADUN Penaga. Antaranya aktiviti berbasikal mengelilingi kampung, kunjungan rumah ke rumah dan edaran risalah Kerajaan Negeri.

“Saya pun kayuh juga keliling kampung.” ujar PPK Penaga, Rosidi Hussain ketika mengulas mengenai penganjuran rogram Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Aktiviti sukaneka yang dijalankan di Padang Awam Pasir Gebu turut mendapat sambutan menggalakkan terutama bagi persembahan seni silat dan tomoi.

“Di sini (Padang Awam Pasir Gebu), kita turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma, perubatan as-syifa’ dan klinik gitar yang dikendalikan oleh Azuar Md. Tasi (Zua) dari kumpulan XPDC serta beberapa aktiviti sukan yang sememangnya dinanti-nantikan,” ulas Rosidi.