Muhammad Redzhani menang peraduan video Bola Sepak Akar Umbi ❤️ PENANG

dev 3282

GEORGE TOWN- Peraduan Video sempena penganjuran Program Bola Sepak Akar Umbi ❤️ PENANG telah menobatkan Muhammad Redzhani Rosli, 28 sebagai pemenang.

 

 

Muhammad Redzhani menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.

 

 

“Saya bersyukur atas kemenangan ini, saya pun tidak sangka video ringkas saya itu berjaya menjadi pemenang utama bagi peraduan tersebut.

 

 

“Pada asalnya datang sekadar suka-suka untuk melihat perlawanan melibatkan anak saudara yang bermain pada Program Bola Sepak Akar Umbi ❤️ PENANG.

 

 

“(Dan) pada masa itu saya dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa jawatankuasa penganjur ada buat peraduan video, memandangkan saya pun tunggu sampai petang jadi sempat saya rakamkan aksi-aksi lincah bakat muda dan akar umbi Pulau Pinang,” ujar beliau ketika ditemui Buletin Mutiara di Komtar tengah hari tadi.

 

 

Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri, Muhamad Azrai Mohamad Zaini.

 

 

dev 3300

Mengulas mengenai program tersebut, Muhammad Redzhani berpendapat, pertandingan tersebut dilihat baik untuk mencungkil bakat sukan bola sepak di masa depan.

 

 

“Kalau lebih banyak, mungkin lebih banyak bakat baru yang kita boleh lahirkan, seterusnya menjadi aset bernilai bagi sukan bola sepak di negeri Pulau Pinang agar kita mampu kembali ke zaman kegemilangan pada satu masa dahulu.

 

 

“Saya juga berharap Kerajaan Negeri turut mampu manjaga kebajikan pemain-pemain muda ini agar mereka tidak terlepas luar daripada Pulau Pinang, mereka ada masa depan,” jelas anak jati Batu Feringghi itu lagi.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD