Projek naik taraf Jalan Tok kangar siap sepenuhnya

whatsapp image 2023 12 19 at 15.52.48 (1)

GEORGE TOWN – Projek penaiktarafan jalan daripada dua lorong kepada empat lorong di Jalan Tok Kangar bermula dari Persimpangan Jalan Tok Kangar, Kebun Baru ke Juru Estate telah siap sepenuhnya pada 15 November 2023.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital, Zairil Khir Johari berkata projek pelebaran jalan sepanjang 1.90 kilometer (km) adalah membabitkan kos berjumlah RM17,700,839.58.

whatsapp image 2023 12 19 at 15.53.14

whatsapp image 2023 12 19 at 15.52.48
Keadaan jalan sebelum dan selepas dinaik taraf.

“Skop kerja yang terlibat adalah pembinaan sistem perparitan, pembinaan pembahagi jalan, pemasangan lampu jalan, kerja-kerja pembinaan jalan serta perabut jalan,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan ke tapak projek berkenaan pagi tadi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, Ir. Ahmad Nadzri Abdul Majid; Jurutera Penguasa Kanan (Jalan), Ir. Goh Kiet Rhee; pasukan projek JKR Pulau Pinang serta pihak kontraktor yang terlibat.

Terdahulu, Zairil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bakal melaksanakan beberapa projek pelebaran jalan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tengah yang semakin buruk ketika.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ADUN