Muzium Negeri Pulau Pinang tampil wajah baharu, pikat ribuan pengunjung

Admin
1fe6eaf2 96cf 4dee a996 9d7b34753de2

PEMBUKAAN semula Muzium Negeri Pulau Pinang bukan sekadar mengembalikan operasi sebuah institusi bersejarah, malah berjaya menarik sambutan menggalakkan apabila merekodkan lebih 5,000 pengunjung sepanjang hujung minggu lalu.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, HARYANY MOHAMAD berkata, muzium berkenaan kini turut menerima purata sekitar 1,200 pengunjung setiap hari, sekali gus membuktikan minat orang ramai terhadap sejarah dan warisan negeri terus meningkat.

b0074e5f a31d 4ee7 800d 43a5f71574b0
HARYANY Mohamad.

Menurut beliau, sambutan tersebut memberi petanda positif terhadap usaha pemuliharaan bangunan berusia lebih dua abad itu yang kini tampil dengan wajah baharu selepas melalui kerja baik pulih dan konservasi menyeluruh.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat memberangsangkan. Kita melihat bukan sahaja rakyat tempatan, malah pelancong turut mengambil peluang mengunjungi muzium ini.

“Kami berharap momentum ini dapat diteruskan supaya lebih ramai masyarakat, khususnya generasi muda, mengenali sejarah Pulau Pinang melalui koleksi dan pameran yang disediakan,” ujarnya semasa sesi wawancara khas bersama Buletin Mutiara, NUR ASHIKIN ISMAIL, dan jurugambar, SITI NURATIKAH RAHMAT.

57c06e43 7003 4270 8179 cfd9d9a7240d 62cf5387 6120 4f57 ac1b 7a768f1eaa83
Mengulas keunikan muzium itu, Haryany berkata antara tarikan utama ialah pendedahan struktur asal bangunan menerusi tapak ekskavasi arkeologi di bahagian sayap timur.

“Ekskavasi tersebut dijalankan bagi mendedahkan sisa-sisa asas bangunan yang musnah akibat pengeboman Tentera Bersekutu semasa Perang Dunia Kedua.

“Pengunjung juga boleh menggunakan aplikasi berasaskan teknologi realiti terimbuh (AR) yang disediakan bagi melihat rekonstruksi struktur asal bangunan di tapak ekskavasi, sekali gus membantu mereka memahami bentuk asal bangunan dengan lebih jelas.

“Projek bernilai RM18 juta ini dilaksanakan dalam dua fasa yang mana fasa pertama memberi tumpuan kepada kerja-kerja restorasi bangunan warisan bagi mengekalkan seni bina asal, manakala fasa kedua melibatkan pembangunan ruang dalaman serta pameran baharu yang lebih moden, interaktif dan mesra pengunjung,” jelas Haryany.

1ae8469f 3667 4759 9c33 c172b0c683b3 7a2e752c 2fb8 4e23 9f88 b044fa70e45a 1c1eee1b 8543 4891 99b7 389efdb68a71
Mengimbas sejarah bangunan itu, Haryany berkata ia dibina pada tahun 1816 hasil sumbangan East India Company di bawah seliaan Kapten Robert Smith sebagai sebuah pusat pendidikan.

Bangunan berkenaan pernah menempatkan Penang Free School sebelum menjadi lokasi Hutchings School, selain mengalami kemusnahan pada bahagian sayap timur akibat pengeboman ketika Perang Dunia Kedua.

Bagaimanapun, cadangan itu dibatalkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mencadangkan supaya bangunan bersejarah tersebut dijadikan sebuah muzium.

Hasil daripada cadangan itu, Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1964 sebelum dirasmikan pada 14 April 1965.

Pada masa sama, Haryany berkata pihaknya mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa muzium merupakan ruang yang kaku dan membosankan dengan menawarkan pengalaman pembelajaran sejarah yang lebih santai, interaktif dan menyeronokkan kepada semua lapisan umur.

“Kita mahu orang ramai datang ke muzium tanpa merasakan ia sebuah tempat yang terlalu formal atau membosankan.

“Muzium pada hari ini bukan lagi sekadar tempat melihat artifak dalam almari kaca, tetapi ruang untuk belajar, berinteraksi dan menikmati sejarah bersama keluarga serta rakan-rakan.

“Dengan sokongan teknologi seperti sistem projektor berteknologi tinggi, kiosk interaktif, simulator serta penggunaan pengesan gerakan (motion sensor), pengalaman pembelajaran sejarah menjadi lebih menarik, inklusif dan berimpak tinggi, khususnya kepada generasi muda.

“Pelbagai kemudahan seperti kiosk layan diri pembelian tiket, lif mesra orang kurang upaya (OKU) dan warga emas, tandas OKU, zon menurunkan penumpang serta parkir berhampiran disediakan bagi memudahkan urusan pengunjung sepanjang berada di sini,” katanya.

76416708 3a41 4092 9fb9 0ce1adec838d 608eb062 2e36 401e 97e0 4403cf5c1a99 18a6735c ed04 430c 90cd 1c3c9bea18e5 a151a159 2d82 48dc 984c 458c3ea49bb9 f35595a7 7767 4952 80c3 23409e440047 b846bb89 255a 4cfa 85e6 6525dec2bab1 5f11655f 22ae 4f7a b49c 9fbbeed8df6d
Dalam pada itu, Haryany turut menyatakan bahawa LMNPP kini menyimpan kira-kira 2,000 artifak merangkumi koleksi organik dan bukan organik, selain lebih 1,400 karya seni termasuk lukisan, arca dan fotografi.

“Muzium dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap Sabtu hingga Khamis dan ditutup pada setiap Jumaat serta cuti umum.

“Malah, bagi memudahkan pengunjung, bayaran masuk dikenakan mengikut kategori pengunjung iaitu RM5 bagi dewasa warganegara Malaysia, RM3 bagi kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) warganegara, manakala kadar berasingan dikenakan kepada pengunjung bukan warganegara.

“Selain lawatan individu, muzium juga menerima tempahan bagi lawatan berkumpulan melibatkan sekolah, institusi pendidikan, persatuan serta organisasi, selain membuka peluang kepada orang ramai untuk mengadakan sesi fotografi praperkahwinan (pre-wedding) di kawasan muzium mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan,” tambahnya.

05a808c3 b992 4536 893d d551dbac7ca82281dae9 4b8f 48c8 856b 7057d5a003d1 7797661e 153e 4327 b32c 4b5aa795209e af1881ff e3fe 4f35 8151 692359c63802 a151a159 2d82 48dc 984c 458c3ea49bb9
Mengakhiri perbualan, Haryany berharap orang ramai menjadikan Muzium Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pembelajaran, pelancongan dan apresiasi warisan.

“Kami mengalu-alukan orang ramai menjadikan muzium ini sebagai destinasi pembelajaran, pelancongan dan apresiasi warisan.

“Melalui lawatan ke sini, pengunjung bukan sahaja dapat melihat artifak bersejarah, malah memahami perjalanan sejarah Pulau Pinang dalam suasana yang lebih interaktif.

“Justeru, saya berharap pembukaan semula Muzium Negeri Pulau Pinang menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih menyeluruh dalam memperkukuh pemeliharaan warisan negeri, memperkasa pendidikan sejarah, merancak pelancongan budaya serta mengangkat lagi kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang kaya dengan warisan bertaraf dunia,” tuturnya menutup bicara.