Naik taraf jalan, longkang Kampung Sungai Gelugor siap sepenuhnya

Admin

SERI DELIMA – Kerja-kerja penaiktarafan jalan dan longkang di Kampung Sungai Gelugor di sini yang menelan kos RM400,000 telah siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid yang hadir ke lawatan siap kerja berkenaan hari ini berkata bahawa projek-projek naik taraf jalan dan longkang tersebut dibiayai melalui wang amanah Kerajaan Negeri.

“Alhamdulilah setelah hampir dua tahun, semua projek-projek naik taraf di Kampung Sungai Gelugor selesai melibatkan kerja-kerja naik taraf dan membaiki longkang rosak sejumlah RM200,000.

“(Dan) bakinya (RM200,000) adalah untuk naik taraf jalan melalui kerja penurapan demi keselesaan dan keselamatan pengguna di kawasan ini,” ujar Syerleena sambil menzahirkan rasa puas hati dengan kerja-kerja naik taraf yang dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Skop projek merangkumi naik taraf longkang sepanjang 2,500 meter, di Jalan Sungai Gelugor 2,3,5,6 dan 8 bersama Tingkat Sungai Gelugor 1.

Manakala naik taraf jalan sepanjang 7,600 meter pula adalah bagi Jalan Ismail Nagore dan Jalan Sungai Gelugor 5.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Gelugor, Marasik Jabar dan Penolong Jurutera Awam JKR Daerah Timur Laut, Mohd. Rashid Baharom.

Sebagai tambahan, seterusnya pihak JKR kini sedang merangka kerja-kerja naik taraf di Jalan Delima.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: ADUN