Nasib mangsa kemalangan dapat perhatian

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

JELUTONG – Pertubuhan Wanita Mutiara Pulau Pinang yang diwakili Presidennya, Betty Chew baru-baru ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada seorang mangsa kemalangan yang mengalami kecacatan kekal di sini.

Mangsa, Loo Yen Sent, 21, mengalami kecacatan kekal setelah terlibat dalam kemalangan pada awal tahun ini dan sebelum itu terlantar di hospital dalam tempoh enam bulan.

Betty berkata, Pertubuhan Wanita Mutiara terpanggil untuk membantu Yen Sent bagi membina hidup baru dengan menjalani pembedahan.

“Penderitaan yang dialami beliau (Yen Sent) amat menyentuh hati. Kami dapat rasakan perasaan beliau kini.

“Kecantikan adalah impian setiap wanita dan gadis, tambahan, untuk gadis sepertinya yang baru mencecah 21 tahun.

“Justeru, diharap dengan sumbangan ini akan memberi semangat dan motivasi untuk beliau meneruskan hidup seperti insan lain,” ujarnya pada s e s i penyerahan c e k sumbangan baru-baru ini di sini.

H a d i r sama, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti, Chong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim.

Tambah Betty, sumbangan tersebut adalah sebagai langkah permulaan.

“Diharap lebih ramai orang awam tampil membantu beliau (Yen Sent) kerana kos pembedahan dijangkakan adalah sekitar RM100,000 sehingga RM200,000,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yen Sent yang ditemui berkata, beliau berharap sumbangan yang diterima dapat sedikit sebanyak membantu kos pembedahannya kelak.