Sumbangan baucar ringan beban keluarga

DATUK KERAMAT – Seramai 450 murid daripada keluarga k u r a n g b e r k e m a m p u a n menerima sumbangan baucar persekolahan bernilai RM60 di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, sejumlah RM30,000 diperuntukan pada tahun ini bagi tujuan berkenaan.

“Tahun lalu, sumbangan hanya disampaikan kepada kira-kira 200 murid sahaja, tetapi tahun ini, ada keperluan untuk menambah jumlah penerima.

“Sumbangan baucar ini akan diadakan setiap tahun demi membantu keluarga kurang mampu di Datuk Keramat ini,” katanya sejurus Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Persekolahan di sini baru-baru ini.

Jagdeep yang juga Exco Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan berkata, murid Tahun 1 dan Tahun 4 serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tidak akan menerima sumbangan berkenaan memandangkan mereka telahpun menerima sumbangan Pelajar Emas Kerajaan Negeri.

“Diharap sumbangan ini dapat bantu mereka yang mempunyai bilangan anak yang ramai tetapi memperoleh jumlah pendapatan seisi rumah rendah,” ujar beliau.

Dalam pada itu, rata-rata ibu bapa yang ditemui gembira dengan pemberian sumbangan tersebut kerana sekurangkurangnya ia mampu meringankan bebanan yang ditanggung setiap kali tiba sesi persekolahan baharu.

Majlis dianjurkan secara bersama dengan tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di Datuk Keramat.