Negeri destinasi pelaburan dunia ke-8 Dialight

Admin

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

PERAI – Pulau Pinang terus berada di kedudukan teratas dalam senarai industri perkilangan di Malaysia apabila menyumbang 25 peratus daripada jumlah import dan eksport negara dengan mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1 peratus pada tahun lalu
(2011).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, lebih membanggakan, walaupun penduduk negeri hanya mewakili enam peratus daripada populasi negara, kita (Pulau Pinang) mampu menyumbang sebanyak 30 peratus Pelaburan Langsung Asing (FDI) Malaysia bagi tahun 2010 dan 2011.

“Ini menunjukkan Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan menjadi pilihan para pelabur.

“Pelaburan negeri yang mencecah RM12.24 bilion pada tahun 2010 merupakan kali pertama dalam sejarah Pulau Pinang yang sekaligus berjaya meletakkan Pulau Pinang sebagai negeri memiliki pelaburan tertinggi dalam negara.

Pencapaian berkenaan terus kekal pada tahun berikutnya dengan rekod RM9.1 bilion.

“Selama empat tahun sejak 2008, Kerajaan Negeri secara keseluruhannya telah membawa masuk RM25 bilion FDI,” katanya ketika Majlis Perasmian Dialight Penang Sdn. Bhd. (Dialight Penang) di sini baru-baru ini.

Dialight Corporation merupakan sebuah syarikat terkemuka antarabangsa yang menghasilkan produk

ROY Burton (kiri sekali) memberi penjelasan kepada Ketua Menteri berhubung produk dihasilkan syarikatnya pada Majlis Perasmian Dialight Penang Sdn. Bhd. di sini baru-baru ini.
ROY Burton (kiri sekali) memberi penjelasan kepada Ketua Menteri berhubung
produk dihasilkan syarikatnya pada Majlis Perasmian Dialight Penang Sdn. Bhd.
di sini baru-baru ini.

 (LED) khusus untuk kegunaan di lokasilokasi merbahaya, lampu halangan serta isyarat landasan keretapi yang berpengkalan di United Kingdom (UK) dan tersenarai di London Stock Exchange (LSE).

Dialight Penang Sdn. Bhd. merupakan destinasi ke-8 dunia selain UK, Amerika Syarikat, Denmark, Jerman, Australia, Jepun dan Mexico.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy; Pegawai Eksekutif Kumpulan Dialight Corporation, Roy Burton; Pengarah Kewangan Kumpulan Dialight Corporation, Mark Fryer dan Pengurus Kilang Dialight Penang Sdn. Bhd., E. Ilamaran.

Guan Eng dalam pada itu berbangga dengan inisiatif Dialight Corporation memilih untuk melabur di Pulau Pinang.

“Kewujudan Dialight Corporation di Pulau Pinang merupakan satu pengiktirafan dalam perkembangan industri LED di sini.

“Walaupun Pulau Pinang telah 40 tahun berpengalaman dalam bidang perindustrian, Kerajaan Negeri perlu memberi tumpuan kepada industri lain untuk terus berkembang maju seperti komponen dan produk elektronik, LED, alat perubatan, photovoltaic (PV), bioteknologi dan automasi,’’ ujarnya sambil menyatakan bahawa tiga daripada lima pengeluar terbesar LED negara adalah beroperasi di Pulau Pinang.