Negeri komited bantu usahawan muda

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) komited membantu golongan usahawan muda terutamanya mereka yang baru berkecimpung dalam bidang tersebut dengan memastikan golongan terbabit berjaya bagi jangka masa panjang dan bukan hanya berniaga sebagai ‘penumpang’.

Pendekatan tersebut dapat dilaksanakan melalui konsep pertukaran idea dengan usahawan kanan (senior) maju dan tokoh-tokoh yang mana bakal menjana jaringan antara usahawan baru dan lama demi pengekalan kelangsungan kewujudan muka baru dalam industri.

Malah, program mentor mentee yang berperanan ke arah tersebut juga diasaskan Penang Science Council dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) berkonsepkan usahawan yang telah berjaya akan mengajar teknik-teknik boleh digunapakai kepada golongan (usahawan) baru.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy berkata, pembangunan usahawan khususnya usahawan muda merupakan agenda ekonomi dan sosial penting yang menjadi teras serta pemangkin kepada pertumbuhan kekayaan dan kekuatan ekonomi negeri.

“Empat teras utama diberi tumpuan Kerajaan Negeri adalah mewujudkan persekitaran kondusif, pembentukan dan pemantapan
usahawan, pembangunan sumber manusia dan pembangunan pertumbuhan kawasan baru bagi melahirkan usahawan berdaya saing serta berdaya tahan,” katanya ketika merasmikan Forum Industri dan Usahawan Pulau Pinang 2012 bertemakan, ‘Meneraju
Kecemerlangan Negeri’ di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, selain konsep ditekankan, para usahawan juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, menjalin kerjasama dengan syarikat korporat besar, menguatkan kewangan, membina rangkaian sekali gus melebarkan sayap di pentas antarabangsa,” ujar
beliau.

DR. P. Ramasamy ketika berucap pada penganjuran Forum Industri dan Usahawan Pulau Pinang 2012 di sini baru-baru ini.
DR. P. Ramasamy ketika
berucap pada penganjuran
Forum Industri dan
Usahawan Pulau Pinang
2012 di sini baru-baru ini.