Negeri raih tiga anugerah berprestij global pelancongan

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

PENARI-penari Majlis Kebudayaan Negeri Pulau Pinang bergambar kenang-kenangan pada penganjuran China (Guangdong) CITE 2012 baru-baru ini di China.

 

GEORGE TOWN – Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru- baru ini diumumkan sebagai penerima tiga anugerah utama pada penganjuran China (Guangdong) International Tourism Industry Expo (CITE) 2012 yang berlangsung di Guangzhou, China.

Anugerah digondol adalah Best Booth Award hasil kreativiti merekahias ruang pameran dengan replika feri ; Excellent Performance Award yang dimenangi Majlis Kebudayaan Negeri Pulau Pinang dan anugerah The Favorite Travel Destination and Route of the Cantonese 2012 oleh Southern Metropolis Daily, salah sebuah akhbar perdana di Guangzhou yang menjalankan undian orang awam bagi mengetahui destinasi pilihan pelancongan terbaik pernah dilawati.

Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang menyatakan bahawa kemenangan tersebut adalah kemenangan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, bagi mempromosi produk dan pakej pelancongan di dua wilayah, Guangdong dan George Town, satu perjanjian usahasama, Tourism Cooperation and Exchange Framework ditandatangani bersama Tourism Administration of Guangdong Province.

“Perjanjian tersebut bukan hanya bakal mengeratkan hubungan dan persefahaman antara kedua-dua pihak, malah, turut memberi penekanan kepada promosi produk-produk pelancongan,’’ jelas Heng Kiang.

Ekspo anjuran bersama National Tourism Administration of People Republic of ChinaPeople’s Government of Guangdong Province dan Negeri raih tiga anugerah berprestij global pelancongan 1 – 15 OktOber 2012 Tourism Administration of Guangzhou Province turut mendapat penyertaan lebih dari 1,000 negeri di dunia.

Selain menyediakan platform untuk penggiat industri pelancongan dan kebudayaan, ekspo tersebut juga menjadi medan pertemuan untuk mewujudkan jaringan kerjasama dan persefahaman di bawah satu bumbung.

Ekspo berikutnya bakal diadakan di wilayah Beijing, China.