Negeri mengorak langkah ‘Sebuah Keluarga Seorang Hafiz’

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWNDatuk Haji S.A. Abdullah Abdul Rahman Bukhari , 79 dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh al-Hafiz sempena Majlis Penyampaian Anugerah dan Sumbangan al- Huffaz kali ke-5 tahun 1433H/2012 di sini baru -baru ini.

Beliau yang kini menjadi Imam Masjid Kapitan Keling sejak 1976 merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan pernah mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 1990. Malah, beliau juga memperoleh Pingat Kelakuan Terpuji (1992), Darjah Johan Negeri (1996) dan Darjah Setia Pangkuan Negeri (2007) Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk.

Menyelusuri hayat beliau, beliau merupakan salah seorang penghafaz al-Quran terawal di Pulau Pinang dan kini menjawat pelbagai jawatan antaranya, Penasihat Liga Muslim sejak 1985, menjadi ahli Jawatankuasa (AJK) Dana Wakaf Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), AJK Fatwa Negeri, AJK Syariah MAINPP dan merupakan guru takmir di masjid sejak 1976 lagi.

Pada majlis yang sama, Maryam Khairina Hairul Johan , 15 , menerima Anugerah al-Hafiz Termuda, manakala Ustaz Mohd. Naeem Hashim, seorang pensyarah di Maahad al-Ihsaniah, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan menerima Anugerah Guru al-Hafiz.

Bagi Hajjah Rokiah Din, 63, seorang ibu tunggal yang menyara 10 anaknya setelah kematian suami dinobatkan sebagai penerima Anugerah Keluarga al-Hafiz tahun 1433H. Tiga daripada 10 orang anaknya telah menjadi penghafaz al-Quran dan keluarga beliau sering menjadi contoh teladan kepada masyarakat setempat.

Bagi Anugerah Khas al- Hafiz, Zulkepeli Hamat, 51, terpilih sebagai penerima. Beliau yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda Sains dan Matematik dari Universiti Western Illinios, Amerika Syarikat dan Sarjana Sains dan Matematik dari Universiti Sains Malaysia lumpuh setelah diserang angin ahmar.

Beliau berjaya menghafaz 30 juzuk pada usia 51 tahun dan  dianugerahkan Sijil Hafazan al-Quran dari Kolej Islam TeknologI Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) pada Mac lalu.

Majlis yang disempurna Yang diPertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas turut dihadiri Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng; Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Yang Arif Datuk Seri Zakaria Sam; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Hal im Hussai n ; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman; Exco Hal Ehwal Agama , Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Sazali Hussein.

Menurut Abdul Malik, Pulau Pinang kini rancak mengatur langkah untuk melahirkan seorang penghafaz al-Quran bagi setiap keluarga,

‘Sebuah Keluarga Seorang Hafiz’. Malah, kita (Pulau Pinang) turut mensasarkan pembangunan generasi huffaz yang bukan sahaja mempunyai minat, malah, celik al-Quran.

Tambah beliau, sejumlah 350 individu bakal menerima sumbangan khas huffaz bagi tahun 2012.

“Pada tahun lalu, sejumlah 260 individu telah men er i m anya dan 180 (2010),’’ ujarnya sambil menyatakan bahawa  pertambahan penerima adalah ekoran bertambahnya generasi muda celik al-Quran di negeri ini.

MARYAM Khairina Hairul Johan (kanan sekali) menerima Anugerah al-Hafiz Termuda sempena Majlis Penyampaian Anugerah dan Sumbangan al-Huffaz kali ke-5 1433H/2012 di sini baru-baru ini.
MARYAM Khairina Hairul Johan (kanan sekali) menerima Anugerah al-Hafiz Termuda sempena Majlis Penyampaian Anugerah dan Sumbangan al-Huffaz kali ke-5 1433H/2012 di sini baru-baru ini.