Negeri tuan rumah Mesyuarat 251 Pegawai Penilaian PBT Malaysia

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM – Pulau Pinang baru-baru ini menjadi tuan rumah bagi mesyuarat 251 Pegawai Penilaian PBT Malaysia Ke-15.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd. Sharif berkata, pihaknya berbesar hati kerana Ibu Pejabat Kompleks MPSP, Bandar Perda, di sini dipilih sebagai lokasi permukiman program tahunan peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

“Kehadiran ini membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab dan peranan kita dalam organisasi yang dianggotai,” ujar beliau di sini.

Beliau berharap, permukiman selama tiga hari itu bermula pada 26 November lepas itu mampu menggarap manfaat serta idea baru dalam kalangan peserta demi kepentingan rakyat terbanyak di kawasan masing-masing.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow, Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha Majlis bagi MPSP), Abdul Wahab Abdullah (Pengerusi Persatuan Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan merangkap Pengarah Penilaian bagi Majlis Perbandaran Kuantan) turut hadir pada majlis perasmian itu.

Difahamkan, sebanyak empat kertas kerja dibentangkan dalam program yang mengangkat tema “Ke Arah Memperkasa Pendapatan PBT Melalui Profesion Penilaian” itu.

Maimunah turut berkongsi 7 Fokus MPSP 2012 bertemakan ‘Kemampanan Dalam Komitmen Kami’ seperti berikut: Fokus 1: Pembersihan dan Kehijauan; Fokus 2: Mewujudkan Ek-Komuniti; Fokus 3: Perancangan dan Pembangunan; Fokus 4: Penguatkuasaan;
Fokus 5: Peningkatan Hasil dan Penjimatan Kos; Fokus 6: Penyertaan Komuniti Dalam Pengurusan Fiskal; dan Fokus 7: Pembinaan Kapasiti Modal Insan.

MAINUMAH Mohd. Sharif.
MAINUMAH Mohd. Sharif.