Penghormatan terakhir

LIM Guan Eng (dua dari kiri) di samping P. Ramasamy memberi penghormatan terakhir kepada mendiang A. Letcimi di Krematorium Hindu, Batu Lancang di sini baru-baru ini.
LIM Guan Eng (dua dari kiri) di samping P. Ramasamy memberi penghormatan terakhir kepada
mendiang A. Letcimi di Krematorium Hindu, Batu Lancang di sini baru-baru ini.

TAKZIAH… Tanpa mengira latar belakang politik, Ketua Menteri telah hadir di Krematorium Hindu, Batu Lancang bagi memberi penghormatan terakhir kepada ibu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G. Palanivel yang meninggal dunia baru-baru ini.

Mendiang Letcimi Arumugam, 92, meninggal dunia di rumah Palanivel di Taman Melawati, Kuala Lumpur kerana sakit tua. Mendiang meninggalkan tiga orang anak, 13 cucu dan 8 orang cicit.

Hadir sama memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P.Ramasamy, ADUN Dato’ Keramat, Jagdeep Singh dan Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk P.K.Subbaiyah.