Nilai murni sahur Kerajaan Negeri dikongsi bersama

Admin

Oleh: AHMAD ADIL MUHAMAD

BERKONGSI… Buat julung kali, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil kesempatan pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menganjurkan Majlis Bersahur dan Taklimat Anggota Perkhidmatan Awam di sebuah hotel terkemuka di sini.

Walaupun berlainan bangsa dan kepercayaan, kesempatan untuk merasai suasana bersahur bersama-sama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri khususnya dan rakan-rakan turut disertai para penjawat bukan beragama Islam.

Hadir sama meraikan majlis tersebut adalah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew Gek Cheng.

Turut serta, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen (MP), Pengarah-pengarah jabatan, Pegawai-pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK), Pegawai-pegawai Seranta, Pegawai-pegawai Khas ADUN, Ahli-ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Umat Islam kemudian menunaikan solat subuh sesudah bersahur pada hari berkenaan.

Bersempena itu, Guan Eng turut menyeru barisan kepimpinan Kerajaan Negeri termasuk ketua-ketua jabatan supaya memantap dan memperbaiki prestasi kerja bagi mengekalkan prestasi serta kecemerlangan negeri Pulau Pinang.