Dua tokoh agama terima ‘Insaniyyah Ramadan’ KM

Admin

PENANTI – PengerusiYayasan An-Nahdhoh,Ustaz Abdul Mutalib Maarof dan Mudir MaahadAd-Dahwah Islamiah,Ustaz Sobri Arshad diberi sumbangan penghargaan daripada peruntukan Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng atas ketokohan masing-masing dalam memartabatkan Islam di negeri ini.

Timbalan Ketua MenteriI, Datuk Mohd. Rashid Hasnon semasa berucap menyifatkan amalan kebaikan pemimpin bukan Islam melakukan kebaikan ke atas orang-orang Islam sebagai Insaniyyah Ramadan.

“Islam bukan sahaja tidak melarang orang bukan Islam melakukan kebaikan ke atas orang Islam sempena Ihya’ Ramadan ini,bahkan, menggalakkan sesama insan saling berlumba-lumba melakukan kebaikan,” katanya sambil membahaskan maksud ayat 8 SurahAl-Mumtahanah dan ayat 148 SurahAl-Baqarah.

Mohd. Rashid berucap demikian semasa mewakili Guan Eng dalam program Ihya’ Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama-Sama Kepemimpinan Kerajaan Negeri Peringkat Seberang Perai diperkarangan Masjid Saidina AbuBakar As-Siddiq, Taman Guar Perahudi sini baru-baru ini.

Ustaz Sobri Arshad turut menyampaikanTazkirah Ramadan pada majlis sama yang disertai lebih 300 hadirin.

Majlis penyampaian sumbangan zakat kepada 60 asnaf terpilih di sini disempurnakan Ahli Parlimen Permatang Pauh,Datuk Seri AnwarIbrahim.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) dan Datuk MokhtarMohd. Jait (Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri), Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),Datuk Mohd. Salleh Man dan Datuk Mansor Othman(Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang,YIPP yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal) turut hadir pada majlis tahunan tersebut.

Hadir sama,Pengarah Jabatan Hal Ehwal IslamPulau Pinang(JHEIPP), Datuk Sazali Hussein,Ustaz Rosidi Hussain (Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi JawatankuasaPengurusan Masjid & Hal Ehwal Kariah MAINPPP), Jusni Ismail(Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah), Sr. Rozali Mohamud(Setiausaha bagi Majlis PerbandaranSeberang Perai, MPSP) dan Usta zBakar Bakilani (Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid SaidinaAbu Bakar As-Siddiq).

Sebelum itu, semua pemimpinKerajaan Negeri turut menyertaimajlis mengedar bubur lambuk diperkarangan Masjid Daerah SeberangPerai Tengah dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam.