Nurul Aliana Syafika ‘menangis’ gagal raih pingat emas

NURUL Aliana Syafika Azizan

NILAI, NEGERI SEMBILAN – Dalam nada sebak, atlet trek basikal Pulau Pinang, Nurul Aliana Syafika Azizan, 19, meluahkan rasa sedih kerana gagal membolot pingat emas bagi acara keirin wanita yang berlangsung dekat Veladrom Nasional Malaysia di sini pada 22 September 2022.

Nurul Aliana Syafika berjaya meraih pingat perak di belakang atlet negeri Kedah, sementara atlet Selangor di tempat ketiga dengan mendapat gangsa.

NURUL Aliana Syafika Azizan (depan, kiri) memintas atlet negeri Selangor dalam saingan di Veledrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan pada tengah hari tadi.

“Saya tetap bersyukur kerana mendapat pingat perak walaupun sebenarnya saya sasar emas.

“Sebelum ini (22 September 2022), saya tberjaya mendapat dua pingat perak (bagi bagi acara 500 meter (m) ujian masa dan acara pecut wanita, jadi saya bersyukur lah saya kekal dapat pingat perak dan bukan gangsa pada hari ini,” jelasnya dalam nada sebak.

Di samping itu, Nurul Aliana Syafika atau nama timangannya ‘kakak’ turut merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang, Munir Mohd. Ismail dan Khairul Anis Wesdin (jurulatih) serta Masnah Husin (jurulatih) kerana terus memberi sokongan serta dorongan kepada dirinya.

NURUL Aliana Syafika Azizan dijulang oleh kedua ibu bapanya dengan penuh bangga.

Kedua-dua ibu bapa kepada Nurul Aliana Syafika, Azizan Abdul Rahim dan Nurul Azwane Arjunaidi turut menyertai acara penyampaian pingat kepada anak sulung mereka.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI