P. Pinang batal perintah hapus anjing liar, vaksinasi anti-rabies diteruskan

GEORGE TOWN – Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Pulau Pinang) 2015 yang dikuatkuasakan sejak 15 September lalu dimansuhkan pada 12 Oktober baru-baru ini, dengan arahan menghapus anjing liar atau anjing tidak bertuan dihentikan serta-merta.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 iaitu vaksinasi anti-rabies ke atas semua anjing bertuan kekal dikuatkuasakan seperti biasa.

“Kerajaan Negeri rela menjalankan vaksinasi awam sekiranya ada 40,000 vaksin untuk 40,000 anjing liar, tetapi, pada masa itu dan sekarang, vaksin pun tidak mencukupi untuk anjing-anjing bertuan.

“Macam mana kita nak melakukan vaksinasi kalau kita tiada (dibekalkan) vaksin.

“Saya harap janganlah ada lagi (pertubuhan bukan kerajaan, NGO) yang membuat tohmahan dan fitnah bahawa saya ada makan daging anjing,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Wong Hon Wai (Ahli Dewan Undangan Negeri Air Itam merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri), Dato’ Patahiyah Ismail (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP) dan Ir. Ang Aing Thye (Setiausaha MBPP) turut menyertai sidang media itu.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);