Pameran ‘Dari Gabenor ke TYT’ tampilkan waris Yang DiPertua Negeri Kelima  

PADANG KOTA – Bersempena pameran ‘Dari Gabenor ke TYT’ bagi peringkat daerah Timur Laut yang masih berlangsung, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) mengadakan aktiviti selingan Bicara Waris Tun Datuk Dr. Awang Hassan.

 

Allahyarham Awang Hassan merupakan Yang DiPertua Negeri Ke-5.

 

 

Bicara waris ini dihadiri oleh pewarisnya, Tan Sri Datuk Dr. Yahya Awang, Mazlan Awang dan Aminah Awang menceritakan tentang perihal kehidupan Awang Hassan ketika menyandang gelaran orang nombor satu Pulau Pinang dari 1 Mei 1981 sehingga 30 April 1989.

 

 

Pengarah LMNPP, Haryany Mohamad bertindak selaku moderator.

 

 

Turut diadakan adalah Bengkel Apresiasi Kopi, bertujuan memberi pendedahan mengenal jenis-jenis kopi, kualiti dan teknik membancuh kopi yang berkualiti di rumah tanpa menggunakan peralatan yang mahal.

 

Pameran seterusnya akan mengambil tempat di di Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Seberang Perai Tengah (SPT) pada November hingga Disember ini sebelum menjelajah ke Bertam dari Januari hingga Februari 2023.

 

 

Selanjutnya, pameran bakal berlangsung di Jawi (Mac hingga pertengahan April 2023) dan terakhir di Balik Pulau (April hingga Mei 2023).

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR