Pameran kesihatan memerangi wabak penyakit Malaysia-Taiwan bermula 1 September ini

Admin

GEORGE TOWN – Tech Dome Penang (TDP) dengan kerjasama National Science dan Technology Museum, Centers for Disease Control (Taiwan) dan National Research Institutes akan mengadakan Pameran Kem Kombat Memerangi Wabak selama empat bulan.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr. P. Ramasamy berkata, pameran yang akan bermula dari 1 September hingga 31 Disember 2018 ini sangat penting dalam menangani beberapa penyakit yang sering melanda Malaysia dan Taiwan.

Pameran ini dilihat penting kerana wabak ini merupakan sesuatu yang biasa bagi kedua-dua buah negara.

“Pengunjung yang hadir akan diajar beberapa transmisi melawan penyakit dan menyekat wabak ini secara terperinci,” ujar beliau yang juga Exco Perancangn Ekonomi Negeri, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan dan Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu sidang media di Komtar hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif TDC, Datuk Dr. Khong Yoon Leong dan Ketua Bahagian Pameran dari National Science dan Technology Museum, Centers for Disease Control, Whu Pei-Hsiu.

Yoon Leong dalam sidang media berkenaan memberitahu kadar tiket memasuki TDP masih kekal pada harga sama meskipun terdapat penganjuran Pameran Kem Kombat Memerangi Wabak.

 

Katanya pelbagai permainan juga turut diadakan pada pameran berkenaan dalam memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang wabak-wabak di Taiwan dan Malaysia.

 

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI