Para SUKMA 2026 labuh tirai, delegasi Pulau Pinang raikan kejayaan atlet

img 7128 ACARA perbarisan lintas hormat Kontinjen Pulau Pinang sempena majlis penutupan Temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2026 Selangor di sini pada malam tadi (10 September 2026).

SHAH ALAM, SELANGOR — Kejohanan Para SUKMA Selangor 2026 melabuhkan tirainya secara rasmi malam ini menerusi majlis penutupan yang berlangsung meriah di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC), Shah Alam pada malam tadi.

Kehadiran Timbalan Ketua Kontinjen (DCDM) Negeri Pulau Pinang, Rohana Yusof bersama Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Harry Chai Heng Hua danPengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang, Mozakir Buyong Mokhtar, mewakili kontinjen negeri dalam meraikan perjuangan serta pencapaian atlet para Pulau Pinang sepanjang temasya berlangsung.

Menteri Besar Kelantan, Y.A.B. Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd. Nassuruddin Daud antara kenamaan yang turut hadir menyaksikan pelbagai acara pada majlis berkenaan, termasuk perbarisan lintas hormat kontinjen negeri-negeri, nyanyian lagu negeri serta persembahan kebudayaan.

Atur cara majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, sebelum disusuli ucapan penutupan kejohanan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari.

Antara detik yang dinantikan adalah penyampaian Anugerah Para SUKMA Selangor 2026 sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang atlet sepanjang temasya.

img 7130 img 7127 img 7131Majlis kemudian diteruskan dengan upacara penuh simbolik melibatkan penurunan bendera kejohanan, pemadaman obor kejohanan serta penyerahan bendera kejohanan kepada tuan rumah seterusnya.

Bagi menyemarakkan suasana, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Negeri Kelantan serta persembahan penutup yang menampilkan lagu rasmi SUKMA Selangor 2026, Rentak Kita, Aksi Kita, nyanyian Azlan & The Typewriter dan Balan Kash.

Majlis penuh kenangan itu diakhiri dengan acara makan malam sebelum para tetamu bersurai.

37e8ce8c 7607 4116 858a 88df89b701b6Dalam perkembangan berkaitan, Kontinjen Pulau Pinang berada pada kedudukan kesembilan terbaik dalam carta keseluruhan Para SUKMA Selangor 2026 dengan meraih 37 pingat, terdiri daripada tujuh emas, 16 perak dan 14 gangsa.

Pencapaian paling menyerlah hadir daripada skuad para memanah negeri yang menyumbangkan empat pingat emas, satu perak dan satu gangsa kepada kontinjen.

Tidak kurang membanggakan, skuad para renang negeri yang menyumbangkan satu emas, lapan perak dan enam gangsa.

a4ca2968 bf41 413d a538 15aa61a3acc4Sementara itu, skuad para catur dan para badminton negeri berkongsi kedudukan ketiga terbaik dalam carta pencapaian acara, dengan masing-masing menyumbangkan satu pingat emas dan satu perak.

Secara keseluruhannya, pencapaian tersebut mencerminkan semangat juang serta komitmen tinggi atlet para Pulau Pinang sepanjang temasya berlangsung.

Jumpa lagi di SUKMA Kelantan 2028!

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: SIEW CHIA EN