Pasar Chowrasta siap 2015

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWNKerja-kerja menaiktaraf Pasar Awam Chowrasta bernilai RM12.1 juta berdasarkan ciri bangunan warisan dan indeks bangunan hijau di sini dijangka siap pada Mac 2015.

Kenyataan tersebut diumumkan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika merasmikan kerja-kerja menaiktaraf baru-baru ini.

Katanya, projek tersebut berjaya dibida Syarikat Pembinaan Bertegas Makmur.

“Sememangnya, Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat amat peka dalam memastikan semua infrastruktur kemudahan awam dibaikpulih dan dinaiktaraf untuk memberikan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.

“ Dalam pada itu , Kerajaan Negeri turut melaksanakan beberapa program untuk kebaikan rakyat seperti 3C (Crime,Cleanliness, Congestion), Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat bagi meningkatkan kualiti hidup di samping m e w u j u d k a n s e b u a h komuniti mampan serta inklusif yang menjurus kepada kualiti antarabangsa,’’ katanya dalam ucaptama Majlis Perasmian Menaiktaraf Pasar Awam Chowrasta di sini barubaru ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng dan Setiausaha Perbandaran MPPP, Ir. Ang Aing Thye.

Projek tersebut bakal mewujudkan 123 petak parker termasuk dua petak untuk kegunaan golongan orang kurang upaya (OKU). Turut disediakan adalah 235 petak gerai bagi tingkat bawah dan tingkat satu (60).

Keutamaan akan diberikan kepada peniaga yang sudah berniaga lebih 20 tahun dan mereka (peniaga) yang membuka kedai melebihi 20 hari dalam sebulan.